May 21, 2021

Rakyat Malaysia perlu bermentaliti kelas pertama

thumb_1

Kita dihidangkan saban hari dengan berita-berita kesalahan pelanggaran SOP.

Berita-berita menyalahkan kerajaan dan pihak berkuasa. Juga terus menghukum mereka yang popular untuk memastikan mereka dihukum kerana perasaan 'dia boleh , aku tak boleh'. Seperti dendam kesumat.

Jadi pendapat ini bukan untuk membela kerajaan, pihak berkuasa atau selebriti. Tetapi, sebagai manusia yang dikurniakan Allah SWT dengan akal dan fikiran, segala perubahan di dalam dunia bermula dari diri kita sendiri.

'Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka' (Surah Ar-Rad:11)

Penyelesaian ada di tangan kita sebagai rakyat Malaysia. Kita boleh selesaikan sendiri. Hentikan menuding jari kepada orang lain.

Tanya diri, kenalan dan keluarga, lihat sekeliling, adakah kita sendiri betul-betul mematuhi SOP ? Jika tidak, jujurnya, jangan salahkan orang lain.

Cukup masanya untuk mencari kesalahan, rakyat Malaysia atau setidak-tidaknya netizen di negara ini perlu belajar untuk menjadi minda kelas pertama, bermula dari kita, pastinya dapat patahkan penyebaran Covid19 ini.

Cukup sesuai hashtag mula-mula PKP 1.0 dulu... #KitaJagaKita.

HUBUNGI SAYA

Alamat: No. 14-01, Jalan Langkasuka, Sri Anugerah, Larkin, 80350 Johor Bahru