September 18, 2021

6 tahun jadi jutawan, dulu ada 50sen sahaja

Cyberjaya : Pasti kita semua pernah mendengar nama OYO Hotel . Tetapi ramai yang tidak tahu bagaimana ia bermula dan siapakah pengasasnya.

Bila sebut hotel, pastinya ramai fikir pemilik mesti mempunyai jutaan ringgit untuk memulakan perniagaan. Juga mempunyai perniagaan lain yang telah turun-temurun.

Dunia sudah berubah. Idea dan ketekunan boleh mengubah nasib manusia walau di mana anda berada. Ini dibuktikan sendiri oleh pengasas Hotel OYO, Ritesh Agarwal. Dia kini berstatus bilionaire termuda di dunia dan belum pun berusia 30 tahun.

(Ritesh Agarwal. Foto dari Ramesh Pathania/Mint via Getty Images)

Dia bukan berasal dari New York, bukan dari California, bukan dari Jepun dan bukan dari negara maju lain, tetapi berasal dari Rayagada, India di mana majoriti penduduknya hanya berpendapatan $10 sehari.

Ritesh berasal dari keluarga susah. Selama 18 tahun dia berjuang untuk mengubah nasib. Dia tidak dapat ke universiti, jadi tiadalah kerjaya untuk dirinya.

Dia juga pernah dihalau dari rumah sewanya kerana tidak mampu lagi membayar sewa, dan hidup dengan berbekalkan 50sen yang tinggal dalam akaun bank.

Tetapi bagaimana dia boleh mengubah nasib dan menjadi billionaire ? Pegangan hidup Ritesh adalah bukan berfokuskan kepada wang ringgit, tetapi menyelesaikan masalah adalah perkara utama.

Dia mengetahui bahawa hotel yang berdekatan di bandar tempat tinggalnya, Rayagada sentiasa kosong dan tiada tetamu. Pemilik hotel tidak dapat keuntungan.


(Bandar Rayagada India)

Jadi dia berani mengambil risiko untuk membantu pemilik hotel tersebut. Dia berjanji dengan pemilik hotel itu yang dia akan membawa keuntungan. Jadi apa yang Ritesh buat ?

Ritesh tukar lampu, tukar katil, tambah botol air, letak satu bingkai gambar di dinding dan adakan room service.

 

Kemudian Ritesh ambil gambar angle yang cun dalam bilik hotel tersebut, dan upload di internet. Masa upload di internet, Ritesh mengambil keputusan untuk menggelarkan hotel tersebut dengan nama baru, iaitu OYO Hotel.

Hotel yang kosong sebelum ini, terus penuh secara mendadak. Ianya berjaya. Menurut Ritesh, hotel pertama memang sukar, tetapi dia berkata pada dirinya, jika dia mampu ubah satu hotel dan berjaya, dia yakin mampu mengubah hotel-hotel yang berikutnya untuk menjana keuntungan.


(Konsep OYO Hotel – bajet. Majoriti inginkan katil untuk tidur sahaja)

Di usia 20 tahun, Ritesh berjaya mendapat dana dari pelabur. Di usia 21 tahun, dia menggaji 50 orang pekerja dan di usia 22 tahun Ritesh telah memiliki 500 buah hotel.

Apabila mencecah usia 24 tahun, Ritesh bergelar seorang billionaire setelah berjaya mendapat dana dari pelabur sebanyak $ 1 billion. Kini di usia yang belum pun 30 tahun, dia sudah memiliki lebih dari 43,000 buah hotel dan OYO menjadi rangkaian hotel yang ke dua terbesar di dunia.

Apakah tips kejayaan Ritesh ?

“Ramai bercakap pada saya, belajar di universiti, minta tolong ibu bapa, tetapi saya tahu itu tidak akan membawa kejayaan”, katanya. Berdiri di atas kaki sendiri dan fokus untuk menyelesaikan masalah.

Hanya enam tahun pemuda dari India ini mengubah nasibnya. Dari 50sen dalam bank dan kini berbilion ringgit.

Kita masih menunggu kisah kejayaan seperti ini dari anak Malaysia . InsyaAllah.

HUBUNGI SAYA

Alamat: No. 14-01, Jalan Langkasuka, Sri Anugerah, Larkin, 80350 Johor Bahru