read in Eglish June 17, 2021

Ahli Politik Yang Tidak Diundang

thumb_1

1. Saya berniaga sejak umur 20 tahun. Dari jual mesin air, kosmetik, urut badan dan sekarang teknologi maklumat dari 2010 hingga kini. 2 dekad lebih.

2. Menyertai politik pada 2016 . Atas semangat kagum dengan idola negarawan Tun Dr Mahathir Mohammad di waktu itu.

3. Dari pembangkang dan kini menang. Bila menang ada sedikit faedah yang dirasai oleh saya. Dihormati dalam masyarakat.

4. Di dalam kemenangan dan kekuatan, ada yang suka dan ada yang tidak suka dengan kejayaan kita.

5. Medan politik lain dari perniagaan, tidak sama. Cubalah.

6. Kita akan membawa bersama apa sahaja profile kita yang dahulu ke arena politik. Ia boleh digunakan oleh pihak lawan yang ingin meraih faedah dari apa jua situasi, dan ramai yang akan mengambil kesempatan.

7. Kes perniagaan saya yang kini di dalam prosedur mahkamah, adalah di luar dari politik. Tiada kena mengena dengan parti. Bukan ambil duit parti atau kerajaan. Bukan salah guna kuasa.

8. Saya tidak memegang sebarang jawatan penting di dalam parti dan tidak menerima gaji dari kerajaan mahupun parti .

9. Tidak pernah mendapat kontrak-kontrak kerajaan.

10. Selama tempoh di dalam parti dari penaja 2016 hingga kini, hanya berjuang menggunakan kudrat sendiri dan menyumbang kepada kekuatan parti bersama-sama rakan seperjuangan.

11. Saya juga tiada cita-cita untuk berjawatan politik dan tidak melobi serta menghantar nama untuk menjadi calon pilihanraya. Jika ya, sudah tentu saya akan berhempas pulas bertanding Ketua Bahagian pada pemilihan parti yang lepas supaya lebih banyak peluang untuk ke depan.

12. Pilihanraya semakin hampir, jika perkara ini didapati boleh memberi beban kepada parti di peringkat bahagian dan nasional, saya boleh mengundur diri pada bila-bila masa.

13. Saya di sini bertanggungjawab dan terus memberi khidmat sepenuh hati kerana dipilih pada Pemilihan Parti lepas. Saya pun tidak menjangka menang, jika tidak saya akan berniaga sahaja, minat utama saya.

14. Rakan perniagaan saya yang telah dibawa, disyorkan, & digalakkan untuk membuat laporan terhadap saya, telah saya selesaikan dengan baik.

15. Namun, sebagai rakyat Malaysia, prosedur undang-undang telah berjalan. Saya menghormati mahkamah.

16. Kini kes ini telah ditularkan dan mungkin akan memberi kesan kepada jawatan politik saya.

17. Saya akan terus memberi khidmat kepada masyarakat setempat, sama ada melalui apa jua platform jika diberi peluang. Waktu sukar, waktu kalah dan waktu menang, saya akan terus berbakti.

18. Terima kasih di atas kepercayaan semua kepada saya selama ini.

Wasalam

HUBUNGI SAYA

Alamat: No. 14-01, Jalan Langkasuka, Sri Anugerah, Larkin, 80350 Johor Bahru