May 13, 2023

Jendela Biz lancar Penyelesaian Digital Untuk Semua

thumb_1

KUALA LUMPUR: Jendela Biz secara rasmi melancarkan Penyelesaian Digital Untuk Semua (PDS), segmen yang menumpukan secara digital untuk memupuk inovasi dan memacu transformasi digital bagi semua jenis perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Razrul Anwar Rusli berkata semua perniagaan, termasuk daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) hingga syarikat besar, boleh menggunakan kaedah Internet of Things, platform tersedia yang dilengkapi dengan teknologi video audio termaju dan bersama- berkongsi ruang kerja untuk kerja kolaboratif dan inovatif, yang kesemuanya tersedia di PDS.

Pelanggan korporat Jendela Biz juga akan mempunyai akses kepada pelbagai testimoni penggunaan pelbagai industri yang didayakan oleh pengkomputeran awan (cloud), kecerdasan buatan (Artificial Intelligent AI), IoT, pembelajaran mesin dan teknologi canggih yang lain.

Antara sektor penggunaan termasuk pengawasan pintar 5G untuk respons kecemasan yang sedang dibangunkan bersama syarikat keselamatan swasta, penyelesaian pertanian pintar untuk meningkatkan kecekapan pertanian, tracibility system atau pengesanan jejak untuk kecekapan gudang, serta penyelesaian e-Dagang.

Menurut Razrul, Jendela Biz sedang berbincang dengan agensi kerajaan dan syarikat swasta untuk menerima dan menggabungkan teknologi serta inovasi baharu ke dalam operasi pelbagai industri.

Mengenai penggunaan PDS ini, Razrul menyebut bahawa ia akan berbeza mengikut industri yang berbeza.

Beliau berkata sebagai contoh, seperti industri keselamatan kecemasan, mempunyai keperluan segera untuk pendigitalan kerana alternatif terhad di kawasan terpencil, tetapi industri lain mungkin mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati.

“Mereka mungkin memerhati dan menunggu sehingga teknologi menjadi lebih mampu milik sebelum mereka menggunakannya, jadi ia bergantung kepada situasa demi situasi,” katanya.

Razrul menekankan bahawa Jendela Biz telah secara aktif membantu PKS dalam perjalanan transformasi digital mereka, sambil menambah bahawa syarikat yang melonjak naik sejak Covid19 melanda itu telah menyaksikan peningkatan yang stabil dalam pangkalan pelanggannya sejak mula dilancarkan.

Sementara itu, Jendela Biz juga menggesa pengusaha IKS mengambil peluang bagi skim Start-Up Biz .

Skim pendigitalan tersebut adalah satu inisiatif untuk membantu PKS mengguna pakai pendigitalan dalam operasi perniagaan mereka.

Menerusi skim itu, setiap PKS layak mendapat geran padanan 50% sehingga RM5,000 untuk perkhidmatan digital yang bertujuan meningkatkan produktiviti dan daya saing mereka.

Razrul percaya bahawa antara cabaran yang dihadapi oleh PKS Malaysia dalam menerima pakai pendigitalan ialah kekurangan pengetahuan dan keyakinan mereka mengenai faedah dan potensi hasil usaha pendigitalan.

Oleh itu, melalui PDS, Jendela Biz boleh membawa bersama banyak PKS dengan objektif untuk mereka memahami lebih banyak lagi dari segi perjalanan pendigitalan mereka.

Jendela Biz akan dapat menjadi penyelesaian sehenti untuk membantu mereka ke arah perjalanan pendigitalan mereka.

Inisiatif PDS ini adalah untuk menyahut seruan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil untuk memacu ekonomi digital ke hadapan di Malaysia sebagai sebahagian daripada rangka kerja strategik.

(Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil)

“Ini memerlukan semua pihak berkepentingan memainkan peranan mereka melalui kerjasama, inovasi dan perkongsian pengetahuan,” kata Fahmi.

HUBUNGI SAYA

Alamat: No. 14-01, Jalan Langkasuka, Sri Anugerah, Larkin, 80350 Johor Bahru