July 28, 2022

Mat Kilau

thumb_1

Seronok dapat bersama keluarga di Johor menyaksikan filem yang bikin sejarah, kutipan tiket tertinggi, mencecah RM91 juta (sehingga coretan ini ditulis 26 Julai 2022)

Selalunya hanya minat tengok filem Hollywood sahaja. Sebab filem mereka beri inspirasi. Tetapi kuasa viral dan marketing Mat Kilau memang menggamit untuk ke wayang. Hampir 40 orang bersama Pusat Komuniti Bijak Larkin bersemangat menonton cerita sejarah pahlawan Melayu.

Komen berkenaan filem iMat Kilau; jalan ceritanya straight forward. seperti mendengar ceramah, skrip seperti bukan orang normal bercakap dan ending seperti tergesa-gesa.

Pelakon memang berbakat habis. Dari hero sampai ke orang jahat. Suami Fazura, Fatah Amin memang jambu dalam filem ini sebab rambutnya yang panjang. Paling saya minat adalah watak orang Inggeris yang jahat tu, memang pandai berlakon. (Masa ending dia lari - patut ada cerita pasal dia sikit)

Tahniah pada kawan saya Syamsul Yusof, masanya untuk beliau level up ke international scene. Dulu pernah rancang untuk buat filem bersama tetapi tidak kesampaian. Mungkin di masa depan. InsyaAllah.

Apa pun, semua orang sudah nampak, bahawa orang Melayu ini, apabila disentuh berkenaan agama dan bangsanya, mereka akan bersatu-padu. Lihat sahaja sambutan filem ini, mak saya sendiri yang menggalakkan untuk menonton. Mana ada mak yang suruh anak dia pergi tengok wayang.. Pertama kali dalam sejarah hidup saya.

Filem yang baik, yang telah kami jadikan acara yang bermakna -  merapatkan silaturahim. Dunia Melayu memerlukan 'anasir' seperti ini untuk penyatuan. Setidak-tidaknya kita dapat menunjukkan kuasa penyatuan kita melalui tiket wayang. Menghampiri RM100 juta bro. Memang power orang Melayu. Kuasa beli ada pada kita.

Kita boleh. Dalam apa jua bidang. Mat Kilau boleh, Syamsul boleh multi-milionaire, Razz boleh dan anda juga boleh ! 

Tak Melayu kalau bukan beragama Islam - Mat Kilau

HUBUNGI SAYA

Alamat: No. 14-01, Jalan Langkasuka, Sri Anugerah, Larkin, 80350 Johor Bahru