June 30, 2021

Daya tahan & cipta peluang di waktu sukar

1. Nampaknya lockdown / PKP masih lagi berlanjutan. Walau sebesar mana pun angka bantuan dari kerajaan yang kita nampak, ia hanya penyelesaian sementara buat setiap isi rumah.

2. Kita tidak boleh terus mengharapkan kerajaan semata-mata. Kerajaan menjaga kesejahteraan secara makro, meluas bagi menjamin kestabilan negara. Untuk diri sendiri dan keluarga, golongan belia khususnya harus mengambil inisiatif yang lain.

3. Pegangan hidup yang saya amalkan ialah 'Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.'(Surah al-Insyirah: 5-6)

4. Belia kita sangat rajin bekerja. Kita boleh nampak setiap hari. Tanpa sumbangan mereka, syarikat delivery atau e-hailing tidak akan berjaya mengaut keuntungan besar. Mungkin masanya belia kita harus berfikir untuk memulakan syarikat sendiri.

5. Kesan Pandemik Covid19 ini, ramai belia kita terjejas . Sama ada yang bekerja atau bisnes sendiri. Malah lebih terkesan lagi kepada golongan belia yang menanggung keluarga dan juga kemungkinan akan muncul masalah-masalah sosial lain akibat tekanan hidup.


Belia kita yang bekerja sebagai rider kini terjejas akibat lambakan rider tetapi kurang order.

6. Oleh itu, dengan tanggungjawab yang diberi di kawasan Johor Bahru, saya bersama Pusat Komuniti Bijak Larkin mengambil inisiatif untuk membangunkan usahawan belia dan memberi tumpuan pada focus group ini hingga berdikari di dalam perniagaan mula (start up business)

7. Pusat Komuniti Bijak akan mengajar langkah memulakan perniagaan, bermula dari Pendaftaran Syarikat SSM, membina portal perniagaan, pemasaran dan strategi halatuju perniagaan selama setahun untuk melancarkan perniagaan baru itu.

8. Salah satu contoh latihan untuk belia-belia kita yang akan dilatih oleh Pusat Komuniti Bijak :

  • Daftar perniagaan, contoh nama Sepantas Kilat Xpress
  • 4 biji motor - rider, shareholder dalam syarikat Sepantas Kilat Xpress bersama-sama. Setiap seorang pegang 25% kepentingan . Usaha dan modal harus bersama.
  • Bina web untuk promosi Sepantas Kilat Xpress dan untuk pelanggan berhubung.
  • 4 shareholder ini masing-masing keluar bertemu outlet-outlet perniagaan sekitar JB. Tetapkan KPI masing-masing sehari mesti capai 10 outlet yang akan guna service Sepantas Kilat Xpress sehari . Sebulan sudah ada 1200 outlet yang mula berdaftar.
  • Mula guna social media untuk kawasan JB bagi menarik pelanggan membeli di antara 1200 outlet tersebut.
  • Ulangi langkah di atas untuk menambahkan rider, outlet dan pelanggan.

9. Ini tidak memerlukan modal yang besar. Belia kita mampu melakukannya dengan bimbingan yang betul dan kesungguhan.

10. Saya percaya , orang kita akan menyokong syarikat start-up anak muda Melayu seperti ini. Kuasa menyokong produk orang kita, ada pada majoriti rakyat Malaysia. Pada masa yang sama, kita minta kerajaan untuk melancarkan kempen dan kesedaran membeli barangan dan servis usahawan tempatan secara meluas. Secara tidak langsung merancakkan ekonomi domestik PKS.

11. Ia adalah formula yang mudah. Ini bukanlah misi roket untuk ke bulan. Hanya perlukan ketekunan, sabar dan tidak putus asa adalah kunci untuk berjaya di dalam perniagaan.

12. Bayangkan jika sehari Sepantas Kilat Xpress mempunyai 100 order pelanggan, contoh komisyen setiap order RM3, sehari RM300. Sebulan RM9000 dibahagi kepada 4 rider, seorang RM2,250 sebulan .

13. Bisnes sendiri, berpotensi berkembang lebih besar, potensi pertambahan servis baru, adakah ini peluang yang terbaik bagi belia kita ? Adakah kita sedia untuk berusaha mencipta peluang di waktu yang sukar dan menikmati kesenangan di waktu aman ? Saya menggalakkan anda yang mempunyai impian untuk menjadi bos sendiri.

14. Daftar terhad sekarang. RM10 sebagai komitmen anda. 5 lagi tempat kosong .

#KitaBinaKita

HUBUNGI SAYA

Alamat: No. 14-01, Jalan Langkasuka, Sri Anugerah, Larkin, 80350 Johor Bahru