Orang Melayu Mahu...
Pilihanraya Negeri Melaka semalam berjalan aman dan lancar . Syukur.
BN dilihat tidak bongkak dan merendah diri berbanding dahulunya sombong dan terlalu yakin. Mereka bekerja lebih bersungguh-sungguh sebagai satu pasukan.
Selepas tibanya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri ke pusat pengiraan undi, lebih kurang jam 730pm semalam, lebih banyak keputusan tidak rasmi menunjukkan bahawa BN akan kembali berkuasa dan dapat membentuk kerajaan yang kuat, stabil 2/3.
Lebih penting, BN boleh membentuk kerajaan yang mewakili semua kaum kerana MCA dan MIC juga menang.
Kita ingat zaman kerajaan boleh memerintah dengan majoriti 2/3 sudah berakhir. Tetapi BN telah membuktikan sebaliknya.
Maka bersedialah kita untuk pilihanraya umum yang akan menghampiri atau PRN negeri-negeri lain. BN pastinya akan mengambil peluang di atas momentum ini.
PRN Melaka menunjukkan orang Melayu menghantar mesej yang kuat bahawa mereka mahukan Umno dan yang paling penting, mereka mahukan kestabilan. Mereka bosan dengan ketidakpastian yang disebabkan oleh katak (lompat parti)”, menurut pemandu grab yang ditemuramah oleh wacana.my di Melaka.
Akta lompat parti harus dilakukan segera . Rakyat benci dipermainkan oleh ahli politik. Kerajaan mana yang mampu laksanakan ini, pasti mereka akan dilihat membawa kestabilan.
Pihak-pihak yang suka memancing wakil rakyat harus mengambil iktibar.
Orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya telah mencuba pada PRU 14 di 2018. Ia mengecewakan majoriti orang Melayu apabila kerajaan PH cuba menganggu perlembagaan dan hak istimewa orang Melayu.
Ia juga menjadi pengajaran kepada parti politik yang membuat janji indah khabar dari rupa yang tidak mampu mereka tunaikan.
Bagaimana dengan PN ? Memerintah di waktu covid 19 melanda. Majoriti golongan B40 yang ditemuramah di lapangan seperti pemandu teksi melihat penutupan sektor ekonomi semasa PKP menyebabkan mereka menderita. Undang-undang PKP juga tidak sama rata. Kilang besar boleh buka, kedai kecil tutup, ahli politik bebas bergerak, rakyat marhean terkurung, parlimen ditutup, dan banyak lagi yang rakyat marhean persoalkan.
Rakyat tidak mahu bakul makanan semata-mata. Mereka mahu kerajaan beri ‘pancing’ untuk mereka meneruskan kehidupan, bukan melatih mereka jadi ‘pengemis’ atau menunggu bantuan makanan semata-mata. Rakyat mahukan kepimpinan, wawasan dan berinspirasi, bukan seorang yang terpaksa mereka bergantung harap sepenuhnya demi meneruskan kehidupan.
Pengundi PH majoritinya orang Cina India juga berubah. Tak keluar undi kerana mereka juga tidak boleh menerima ‘katak’ , takut Covid19 dan 30% tidak pulang dari Singapura.
Kempen PN perlu kembali kepada rakyat. Ia tidak boleh hanya tentang Najib, Zahid, Najib, Zahid, atau bercakap mengenai kluster mahkamah lagi. Perkara ini telah disuarakan tetapi kepimpinan tidak mahu ambil kisah pandangan akar umbi.
PAS pasti terkesan dan goyah di dalam PN sekarang ini.
PAS mungkin berpeluang menang jika dalam BN. Nasib baik PAS menjaga ‘2 kolam’ ; menjaga hubungan dengan MN dan PN. Di dalam kempen mereka, mereka tidak menyerang UMNO. Pastinya UMNO akan lebih berhati-hati dengan PAS selepas ini.
PH pula telah menerima kesan dari perubahan sikap orang Melayu. Ini membuktikan orang Cina tidak mampu menang sendiri tanpa sokongan orang Melayu. Mereka tidak dapat membina sokongan orang Melayu dan telah menyaksikan penurunan sokongan orang Melayu pada PH.
PRN Melaka menunjukkan yang akar umbi amat penting di dalam arena politik. Akar umbi mampu menyelamatkan calon jika pengundi atas pagar tidak mengundi. Inilah kekuatan UMNO yang tiada pada PN .
Parti Gerakan kalah kesemuanya.
Kesimpulannya, pengundi di Melaka memberitahu ahli-ahli politik bahawa mereka sudah muak dengan katak, perubahan kerajaan yang tidak berkesudahan dan mereka mahukan kestabilan politik.
Isyarat jelas pada semua parti politik apa yang rakyat mahukan apabila PRU15 nanti.
*Bersatu perlukan kepimpinan baru yang mampu memperkasakan parti & akar umbi.
**Yang sudah ada track record asyik kalah sejak Semenyih, Tg Piai, Melaka eloklah direhatkan.
***Terima kasih dan salam kenal semua jentera Bersatu yang bertugas di PDM-PDM. Kita jumpa lagi
Razz - tiada kepentingan...