read in Eglish September 26, 2019

M For Malaysia : Cerita sebuah pengorbanan & demokrasi matang di Malaysia

thumb_1

Bait lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee amat benar. Apabila berkata tentang berkorban, ia adalah cara menunjukkan rasa kasih kepada seseorang. Kasih yang sejati dan mulia itu hadir daripada pengorbanan apa sahaja, harta ataupun nyawa.

Ini kisah pengorbanan seorang suami kepada isterinya, pengorbanan seorang ayah kepada anaknya, pengorbanan seorang datuk pada cucunya, dan pengorbanan seorang pemimpin kepada rakyatnya.
Niat pengorban hanya satu, ingin memperbetulkan negara pada landasannya.

Filem dokumentari M For Malaysia adalah bukti penyatuan rakyat yang sebenar. Ia menjadi bukti bahawa Rakyat Malaysia adalah pengamal demokrasi yang terbaik di rantau Asia, bahkan boleh dikatakan antara yang terbaik di dunia. Jatuhnya sebuah kerajaan yang lebih 60 tahun memerintah, pasak tua yang telah lama mengukuh dibumi ini, ditumbangkan dipeti undi dengan aman oleh rakyatnya sendiri. Semuanya kerana serik dengan pembohongan demi pembohongan dan mahu melihat perubahan yang bersih dalam pentadbiran kerajaan. Rakyat makin bijak menilai. Ditambah denga faktor capaian maklumat yang cepat dan mudah, generasi kini mampu membuat timbang tara bagi memilih siapa yang mahu dijadikan pemimpin mereka.

Bersama AJK bahagian dan cawangan Bersatu Johor Bahru menonton M For Malaysia

Setelah sekian lama kita mendengar "Cash is King", kali ini bumi Malaysia menyaksikan apabila segala jenis janji yang ditabur, segala jenis insentif yang diberi, segala jenis subsidi yang dinaikkan, ia masih tidak mampu membeli undi rakyat. Sabar rakyat pada pembohongan dan salah laku ada hadnya. Semuanya akibat kesalahan pemimpin yang bongkak, ranap kekuatan 60 tahun yang utuh. Berbekalkan keyakinan dan semangat negarawan tua yang berumur sembilan puluh tiga, mampu mengambil semula negara, menyatukan parti-parti dan musuh-musuh ketat dengan tak diduga, sekaligus memerintah buat kali yang kedua sebagai Perdana Menteri. Ini bukan lagenda, kita semua merasai kehangatan di malam sembilan hari bulan lima, apabila kita bersorak menang seperti kuatnya sorakkan Merdeka. Itulah impaknya seorang negarawan berjiwa besar , Tun Dr Mahathir.

Dalam menuju kearah kemenangan, penubuhan sebuah parti baru menjadi tonggak dalam merubah tarian politik semasa. Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan langkah untuk menubuhkan Bersatu. Semua yakin gandingan ini tidak akan mudah dipecah ketika itu kerana objektifnya kuat, melawan penyangak negara. Bersama Pakatan Harapan, diapit Keadilan, Amanah dan DAP, Pakatan Harapan menjadi semakin menyinar dengan gabungan parti yang suatu ketika dulu amat jelas dibenci oleh kerajaan 60tahun. Berpaksikan atas objektif yang SATU iaitu selamatkan MALAYSIA dari rejim rasuah Najib Razak dan penyangak Jho Low. Pakatan Harapan adalah bukti gabungan ummah yang sebenar sehingga kini mampu bekerjasama di bahagian pentadbiran dan menjadi barisan menteri yang diberikan peluang dalam memerintah negara. Dari yang muda di Kementerian Belia dan Sukan, Sehingga yang Veteran di Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri, inilah pemimpin yang diberi kepercayaan rakyat, ia menjadi lambang perpaduan rakyat malaysia.

Jasa yang terbesar adalah jasa RAKYAT. Jangan kita lupa, siapa yang memberi undi kepada kita, jangan kita lupa siapa yang sentiasa bersorak dan menyokong parti kita, dan janganlah kita lupa kepada RAKYAT yang turut berkorban harta dan tenaga demi kasih terhadap negara Malaysia dan masa depan anak cucu mereka.

Yang penting, jangan sesekali kita lupa bahawa nasib pemerintahan kita ada ditangan rakyat. Kerana kita negara DEMOKRASI yang subur, maka tiada kuasa yang akan kekal. Kuasa yang kekal adalah kuasa rakyat. Kuasa dari rakyat. Gunakan dengan baik kepada rakyat.

Yang batil pasti musnah, kebenaran pasti terserlah. Jangan kita rungsing jika kita di pihak yang benar.

TERIMA KASIH RAKYAT.

Diakhirnya, M for Malaysia mengajar kita erti cekal dan teruskan semangat juang andai kita sayangkan negara kita. Ia juga mengajar umur , latar belakang bukan menjadi faktor atas sebarang usaha. 93 bukan bermakna tua, ia memberi makna pengalaman penuh di dada. Jangan mencabar andai belum bersedia. Kerana yang 93 itu lebih muda dalam semangat membina negara.

Razz
Besatu Selamanya Demi Malaysia

HUBUNGI SAYA

Alamat: No. 14-01, Jalan Langkasuka, Sri Anugerah, Larkin, 80350 Johor Bahru