April 16, 2021

'Jalan besar' untuk Melayu bersatu

thumb_1

'Jalan besar' untuk Melayu bersatu

1. Menjelang PRU15, Tuhan membuka ruang kepada kita supaya bekerjasama dan tidak lagi berpecah berdasarkan ideologi politik.

2. Parti Melayu dan Pribumi yang utama di negara kita iaitu Bersatu dan PAS sangat konsisten di dalam mengajak penyatuan Islam dan sesama saudara.

Pertemuan ringkas berkenaan aktiviti PN JB sepanjang Ramadhan bersama YDP PAS Dr Mazri Yahya, Timb YDP Ahmad Al Johari & Ketua Penerangan PAS JB . Turut serta Ketua-ketua cawangan Bersatu; Nazlin & Datuk Jemale

3. Kami terjemahkan dengan semangat Perikatan Nasional Johor Bahru.

4. Adalah lebih kuat jika kita juga dapat bersama UMNO, hasrat peribadi saya. Namun kita terus berdoa supaya ia direalisasikan hampir PRU15 nanti.

5. Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin, tetap tenang di dalam melaksanakan pengurusan negara walaupun cabaran politik hebat dari kawan-kawan sendiri. Beliau tidak pernah memulakan 'attack' kepada kawan mahupun lawan. Ini contoh kita boleh ambil untuk mengajak kepada penyatuan orang Melayu.

6. Orang yang paling lantang mengkritik Perdana Menteri lepas, negarawan Tun Dr Mahathir juga tidak begitu agresif kepada Tan Sri Muhyiddin seperti mana beliau lakukan kepada Pak Lah dan Najib.

7. Adakah Tan Sri Muhyiddin menggemudi kerajaan kita dengan baik ? Pastinya akan terjawab di kotak undi kelak. Kita yakin Abah adalah pilihan terbaik rakyat untuk PM pada penggal seterusnya.

8. Saya dan ketua-ketua cawangan yang berada dipimpinan akar umbi yang dekat dengan masyarakat, perlu terus berusaha mempromosikan jenama Perikatan Nasional. Sekecil-kecil program tetapi konsisten, dengan usaha dan wang kocek sendiri, pasti akan terpaut jua di hati masyarakat setempat.

9. Bagi pemimpin parti yang berjawatan, lihatlah kami pemimpin di akar umbi. Turun ke bawah bersama ketua-ketua cawangan. Tahu apa yang mereka perlukan dan dengar feedback mereka. Jawatan anda tidak bermakna jika anda jadi 'bos'. Ini bukan organisai korporat. Kami memilih anda berada di atas berdasarkan janji anda untuk berkhidmat dengan baik kepada ahli-ahli parti. Kebajikan kami mesti dijaga. Barulah semangat perang lebih utuh bersama.

10. Cawangan-cawangan Bersatu Johor Bahru yang sah berdaftar di bawah ROS telah tertubuh sejak 2016 lagi, semasa Bersatu awal ditubuhkan. Ini adalah ahli-ahli yang setia dan terbukti bersama susah dan senang. Jangan sesekali mereka ini diketepikan, semata-mata tidak bersetuju dengan Ketua Bahagian yang baru atau pentadbiran bahagian baru begitu ghairah menubuh cawangan baru penaja; yang mana kita tidak pasti akan ketaatan mereka kepada parti kita.

11. Membantah bukan bererti membawa masalah. Membantah bererti kita sayang dan ambil berat . Jika kita diam , itu bererti kita telah berputus asa dengan kepimpinan parti. Jangan biarkan itu berlaku.

12. Hargai sumbangan kami pemimpin asal yang menang di pemilihan parti. Jangan ketepikan peranan kami di dalam jentera pilihanraya Johor Bahru. Jangan ghairah untuk tubuhkan cawangan penaja 'hantu' yang tiada penghuni semata-mata untuk nampak elok di atas kertas dan dengan niat untuk membenamkan cawangan yang sah !

13. Kita akan teruskan perjuangan Bersatu di bawah kepimpinan Abah. Sama seperti 2016 setia hingga kini. InsyaAllah.

HUBUNGI SAYA

Alamat: No. 14-01, Jalan Langkasuka, Sri Anugerah, Larkin, 80350 Johor Bahru