February 2, 2019

Umat Pengguna

1. China telah mendaratkan robot mereka yang pertama di bulan pada 3 minggu lepas. Mereka akan melakukannya lagi di Planet Marikh pada tahun 2020 menurut Agensi  Pengurusan Angkasa mereka  (The China National Space Administration).

2. Teknologi Jerman digunakan oleh mereka untuk mengambil contoh tanah bulan dan tahap radiasi. Juga perkongsian data angkasa lepas dengan Amerika Syarikat (NASA) Agensi Angkasa Lepas Amerika.

3. Belum ada negara Islam yang mengejar teknologi dan cita-cita ini. Negara Islam dan umatnya bergolak kepada tiga; kemunduran, peperangan dan perbalahan sesama saudara serta dugaan kekayaan turun-temurun daripada hasil bumi.

4. Apabila sesebuah negara Islam itu maju dan cuba untuk menakluki bidang yang dari luar bidang minyak dan gas, mereka ditekan dan digagalkan. Lebih menyedihkan apabila ia disokong oleh negara yang bersaudara, seagama. Qatar merupakan negara terkaya, pelaburan mereka di serata dunia,

5. Qatar merupakan negara yang paling tinggi pendapatan perkapita di dunia. Ia juga dikategorikan sebagai negara yang mempunyai pembangunan manusia yang paling maju oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 

6. Mereka juga mempunyai jaringan berita yang berpengaruh yang sama taraf seperti CNN dari Amerika Syarikat (Cable News Netowk) dan BBC dari UK (British Broadcast) iaitu Al Jazeera Media Network. Berita dunia menjadi seimbang. Tidak hanya pro Zonis atau Barat.

7. Kini Qatar dikenakan sekatan antarabangsa oleh jiran seagama iaitu  Arab Saudi , UAE, Bahrain dan Mesir pada Jun 2017. Kerugian bagi umat Islam.

8. Di kota London dan Eropah, kita melihat akan kekayaan umat Islam yang berbangsa Arab di merata-rata. Istana raja Eropah dahulu dibeli dengan ratusan juta dolar oleh orang-orang Arab yang kaya. Kereta-kereta luar biasa mahal seperti Bugatti, Lamborghini, Mc Laren, Rolls Royce, Ferrari dan pengeluar-pengeluar kenderaan terhad terdapat di serata kota London dengan number pendaftaran negara-negara Arab, kebanyakannya Qatar.

9. Umat Islam membeli dengan orang bukan Islam. Menayang kemewahan yang dibanggakan yang bukan dikeluarkan oleh umat Islam. Barangan kemewahan dikeluarkan oleh umat bukan Islam. Umat Islam memiliki harta-harta dan aset yang bukan dicipta atau dikeluarkan oleh umat Islam sendiri. Siapa yang paling kaya sebenarnya ? Kitaran ekonomi dan wang dikuasai oleh bukan umat Islam. Umat Islam hanya ditengah-tengah kini sebagai pengguna akhir. Kata mudah, umat Islam memberi wang kepada orang lain.  Habis di situ sahaja.

10. Jangan kita sentuh lagi bab ketenteraan. Delegasi kerajaan negara-negara Islam ‘memborong’ aset ketenteraan di negara Barat, musuh mereka. Umat Islam tidak mampu mempertahankan diri apabila diserang. Di United Kingdom kini, terdapat delegasi negara Arab yang melawat Barton Road, berhampiran Istana Beckingham  untuk melihat potensi kehebatan kereta kebal buatan British. Umat Islam membeli dari musuh mereka, negara yang memberi tanah Palestin kepada orang Yahudi untuk menubuhkan Israel pada tahun 1920.

11. Di Malaysia, orang Melayu adalah umat Islam. Orang Melayu hanya mempunyai pengaruh politik. Perniagaan, kewangan, bandar-bandar, pembuatan, pembekalan, hiburan, seni reka, kejuruteraan, teknologi maklumat semuanya tidak dikuasai oleh orang Melayu.

12. Usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri dahulu, Tun Mahathir hingga kini untuk menjadikan umat Islam sebagai umat pengeluar dilihat hanya berjaya separuh jalan. Kesinambungannya masih samar-samar. Kita berjaya membuat kereta, lori (Hi-Com), motorsikal (Modennas), tetapi masih belum ada lagi yang lain.

13. Tahun Baru Cina kini, orang Melayu juga ‘terpaksa’ bercuti. Banyak kedai-kedai dan pembekal bercuti panjang. Untuk berniaga dan beroperasi pun orang Melayu masih memerlukan kekuatan orang lain.

14. Ini bukan lagi isu politik, salah pemimpin, salah polisi negara, tetapi ini adalah sikap umat Islam itu sendiri. Jika kita malas, berbunuhan sesama sendiri, ambil mudah dan tidak mengganggap kemajuan diri merupakan fardhu kifayah untuk memajukan umat Islam yang lain, di situlah masalah sebenar umat Islam kini. Umat Islam harus bekerja keras demi umat Islam yang lain. Umat Islam tidak boleh lagi mementingkan kekayaan sendiri sahaja.

15. Perdana Menteri Tun Mahathir pernah berpesan, berpeganglah kepada konsep ‘memakmurkan jiran’. Kasut diluar rumah kita tidak akan hilang, kerana jiran-jiran kita juga mempunyai kasut yang sama.


Bayswater, London
Razrul Anwar Rusli
Timbalan Ketua Bahagian PPBM Johor Bahru

HUBUNGI SAYA

Alamat: No. 14-01, Jalan Langkasuka, Sri Anugerah, Larkin, 80350 Johor Bahru