May 11, 2021

Serba Tidak Kena Bagi Kerajaan

thumb_1

Situasi dunia tidak menunjukkan ke arah pemulihan Covid19 dalam waktu terdekat. Tetapi setiap kesusahan pastinya akan berakhir.

Manusia apabila di dalam kesukaran, pertama sekali mereka akan memberikan sebab, kemudian mereka mengeluarkan alasan, dan akhir sekali manusia akan mula menyalahkan orang lain.

Kini kerajaan menjadi mangsa keresahan rakyat. Semua perkara kerajaan dipersalahkan. Tidak kira apa yang kerajaan lakukan, ia pasti akan dikritik; kerana rakyat resah, tidak selesa, terkawal dan tidak bebas.

Media arus perdana tidak dikawal. Mereka tidak membantu kerajaan di dalam situasi ini. Walaupun pelbagai insentif diberikan oleh kerajaan. Mereka lebih suka menjual berita yang sensasi untuk memperbanyakkan 'like' di sosial media mereka.

Kerajaan harus mula berdiplomasi dengan ketua-ketua media arus perdana, supaya ia dapat membantu kerajaan.

Media alternatif dan persendirian memang sukar untuk dikawal. Kini zaman tanpa sempadan. Anti-establishment sememangnya popular di mana-mana sahaja di dunia. Jadi tidak perlu salahkan sikap semulajadi ini. Anggap ia perkara biasa. Tetapi kerajaan perlu atasi dengan langkah di atas; media.

Pada pandangan peribadi, jika trend ini berterusan, mana-mana kerajaan yang naik selepas ini pastinya akan tidak stabil di negara kita.

Kerajaan selepas ini haruslah mempunyai majoriti yang kuat, supaya dapat melaksanakan perkara yang betul, tanpa memikirkan populariti.

Kita masih negara dunia ke 3. Kebebasan media dan free of speech belum sesuai dilaksanakan. Tahap pendidikan, pembangunan bandar, kemajuan dan pengeluaran harta intelek negara kita jauh sangat rendah berbanding negara maju. Negara kita masih muda, Amerika Syarikat 250 tahun usianya. Rakyat kita masih perlu dipimpin, bukan dibiarkan tanpa wawasan.

Kerajaan dan pembangkang wajib bersama-sama menstabilkan negara. Ini bukan masa untuk mengambil peluang jadi popular. Masa depan anak-anak muda kita dipertaruhkan. Covid 19 membantutkan semua perkara. Pendidikan, sukan, program-program dan banyak lagi untuk anak muda tidak dapat dilaksanakan. Jika kita berterusan tidak mematuhi SOP, Covid berlegar bertahun-tahun lamanya di dalam negara kita, apa akan jadi pada nasib anak-anak kita ?

Jika pemimpin-pemimpin semua mempunyai jiwa patriotik yang kuat, saya percaya negara kita akan lebih baik dari keadaan sekarang walaupun di dalam situasi Covid19. Rakyat akan lebih tenang. Pentadbiran lancar. Media menyalurkan maklumat yang penting dan menyeru untuk patuh SOP.

Kita boleh melaksanakannya jika kita tidak mementingkan diri. Lihat wajah anak-anak kita. Di mana mereka jika kita tidak bersatu hati dalam memerangi Covid19 ini ?

We need a strong leadership

HUBUNGI SAYA

Alamat: No. 14-01, Jalan Langkasuka, Sri Anugerah, Larkin, 80350 Johor Bahru