read in Eglish November 17, 2019

Harapan Baru Masa Depan Malaysia

thumb_1

1. Kita telah berjaya. Tun M telah berjaya. Rakyat tidak takut lagi untuk memilih kerajaan. Harapan baru kepada masa depan Malaysia. Corak baru politik Malaysia yang lebih adil.

2. Tiada lagi ahli politik yang akan terlalu berkuasa selamanya. Tiada lagi "absolute power, absolute corrupt".

3. Rakyat boleh memilih kerajaan yang baik bagi mereka. Tidak akan ada lagi kebimbangan kerajaan yang akan mengugut rakyat jika bersuara menentang kerajaan. Tidak akan ada lagi rakyat yang akan di "bankrupkan" jika mengkritik kerajaan.

4. Demokrasi dan keadilan subur di Malaysia kini. Masa depan lebih cerah kerana yang berkuasa, bukan lagi ahli politik, tetapi rakyat kita semua, ahli perniagaan, doktor, jurutera, cikgu, ibu-ibu, pelajar, nelayan, ahli-ahli parti politik, kerani, dan lain-lain latarbelakang, kita semualah penentu masa depan negara.

5. Untuk jangkamasa panjang, kita akan menjadi seperti negara maju, England, Amerika Syarikat, Australia dan lain-lain. Parti politik akan bekerja keras untuk memastikan mereka terus dipilih dan negara ditadbir dengan bersih maju.

6. Tiada lagi watak-watak takut pada ahli politik. Ahli perniagaan dan semua perniagaan tidak perlu takut lagi akan penukaran kerajaan di negara ini di masa akan datang. Ia akan menjadi satu sistem biasa yang baik untuk negara. Pelabur akan lebih yakin bahawa hanya kerajaan yang baik akan dipilih. Kita akan lebih maju.

7. Kita perlu berterima kasih kepada Barisan Nasional kerana di akhir era pemerintahan mereka, mereka telah membuktikan bahawa dengan kuasa yang terlalu lama dan tidak digugat, maka salah guna kuasa dan rasuah berlaku sewenang-wenangnya. Maka rakyat sedar.

8. Kita perlu bersyukur kerana dipanjangkan usia dan kesihatan negarawan Tun Dr Mahathir, kerana dengan semangat "taksub kepada negara, bukan parti" , beliau telah menunjukkan pada kita bahawa jangan takut untuk memilih kerajaan demi masa depan yang baik bagi anak cucu kita.

9. Misi negarawan Tun Mahathir dan Pakatan Harapan telah berjaya. Menyelamatkan negara dari Najib, 1MDB, rasuah dan salah guna kuasa .

10. Kini jika Pakatan Harapan juga melakukan perkara sama, tidak berprestasi tinggi, bersikap bongkak atau melakukan jenayah yang sama seperti pemimpin BN yang lalu, maka bersiap sedia, rakyat akan menolak anda juga.

11. Terima kasih Tun M. Terima kasih Harapan. Seperti kata penyanyi Yuna, Di langit, kita yang satu.

Razz
Bersatu Selamanya Untuk Malaysia

HUBUNGI SAYA

Alamat: No. 14-01, Jalan Langkasuka, Sri Anugerah, Larkin, 80350 Johor Bahru