read in Eglish August 15, 2019

“Dong Zong” VS “Tulisan Khat”

1.Harapan seluruh rakyat Malaysia, mahukan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju, berdaya saing dan aman harmoni. Cuma, seperti negara-negara lain, ada golongan ekstremis yang mengangkat satu bangsa lebih superior di dalam negara.

2.Ini merencatkan keharmonian kaum yang tidak berapa stabil sejak tertubuhnya sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Namun ia lebih ketara kini apabila telah ramai murid-murid hasil SJKC telah dewasa.
 
3.Kaum pribumi selalu melaungkan mereka adalah tuan tanah negara ini. Tetapi yang punyai kuasa dan sumber untuk bangunkan tanah dan ekonomi negara, majoritinya bangsa Cina. Mereka kaya. Mereka punyai rangkaian satu dunia. Oleh kerana atas kejayaan dan kekayaan mereka, apa patut perlu ikut kehendak orang lain ? Melayu terutamanya,sedangkan bangsa Cina lebih maju ? Tanya diri kita dengan jujur, mahukah kita belajar bahasa Bangladesh dan selami budayanya jika kita berada di negara itu ? Atau kita suka selami dan belajar budaya bangsa Jepun yang advance ?
 
4.Kaum Pribumi tidak lemah, cuma ketinggalan jauh oleh bangsa Cina. Cara untuk kita mendahului mereka hanyalah melalui pegangan kuasa ekonomi dan kehebatan sistem pendidikan. Kuasa politik ? Kita sudah ada. Dari raja hingga ke ahli politik, semua kaum Pribumi. Di zaman ini, apabila kita mampu bersaing dari segi ekonomi, baru bangsa Cina dan lain-lain akan turut akur dengan kehebatan ‘tuan tanah’ yang sebenar.
 
5.Lihat negara jiran Indonesia. Bahasanya satu, nama mereka juga satu, tetapi monopoli ekonomi dari bangsa Cina Indonesia hampir keseluruhan. Apa guna menjadi tuan tetapi driver, pekebun, kerani, office boy semuanya kaum pribumi yang tunduk mengharapkan gaji dari majikan Cina ?

6.Di negara kita juga sama, oleh kerana kemajuan ekonomi dan keputusan cemerlang pendidikan kaum mereka, persatuan rasis, Dong Zong selalu mengganggu penyatuan kaum dan berasa tidak perlu belajar dari kaum yang lebih lemah dari mereka. Tulisan khat berani ditentang mereka walaupun hanya enam muka surat di dalam satu buku teks. Seperti biasa, kerajaan terpaksa berlembut dengan mereka kerana kekuatan dan undi penyatuan kaum Cina. Mereka tidak berpecah.
 
7.Kenapa Cina Australia yang berhijrah ke negara itu tidak meminta SJKC ? Sebaliknya ikut dengan sistem satu aliran di Australia. SJKC tidak relevan di sana, tidak diperlukan oleh Cina Australia langsung. Ini kerana ‘mat saleh’ Australia sudah kuat, kaya, sistem pendidikannya lebih baik dari pendidikan Cina, sudah berstruktur, sudah memegang ekonomi negara tanpa penglibatan bangsa Cina. Cina Australia ingin menjadi seperti ‘mat salleh’ Australia. Ini yang perlu berlaku di dalam Malaysia.

8.Pedulikan Dong Zong, pedulikan sekolah swasta Cina - mereka boleh hidup tanpa kerajaan buat masa ini, mereka kaya. Tak perlu nak ambil hati dengan beri bantuan di musim pilihanraya. Tak perlu bawa masuk Universiti Taiwan dan China seperti di Selangor lagi. Kerajaan jangan buat kesilapan ini lagi. Kerajaan fokus sepenuhnya kepada sekolah kebangsaan, sekolah wawasan dan sekolah amanah untuk menjadi lebih baik. Sekolah-sekolah ini perlu ada kelebihan dan wajib mempunyai keputusan cemerlang lebih dari SJKC. Sekolah ini perlu ada fasiliti lebih tinggi dari SJKC. Namakan sahaja makmal komputer, bilik tayangan digital, guru berdedikasi semua dimiliki SJKC . Sekolah kebangsaan lambat kerana menunggu peruntukan.

9.Tunjukkan kepada rakyat bahawa tidak belajar di sekolah kebangsaan, maka ia adalah kerugian. Belajar di sekolah-sekolah ini adalah kebanggaan. Kita jadikan Sekolah wawasan, sekolah kebangsaan lebih baik dari SJKC. Bina sebuah sekolah yang semua bangsa inginkan. Barulah negara dapat membentuk sekolah satu aliran yang effisien, sukarela, lantas mencapai perpaduan seluruh rakyat Malaysia.

10.Kita hilangkan perasaan orang lebih teruja apabila mendengar anaknya dihantar ke SJKC atau sekolah swasta. Menteri-menteri dan raja -raja juga ubah dari menghantar anak mereka dari sekolah swasta ke sekolah kebangsaan. Bawa balik anak-anak dari sekolah di luar negara ke sekolah kebangsaan. Kalau kita sendiri yang tidak yakin, bagaimana kita ingin meyakinkan kaum yang lebih maju untuk bersama dalam sistem kita ?

11.Dong Zong yang rasis dan tidak pernah menyumbangkan apa - apa pada Malaysia itu tidak akan wujud seandainya sistem pendidikan cemerlang dan kaum Pribumi lebih kaya dari mereka. Dong Zong tidak akan berani jika Pribumi adalah tuan yang kuat dari segi ekonomi dan keputusan pendidikan. Tiada Dong Zong di Australia, mahupun Amerika.
 
12.Kerajaan terutamanya parti Bersatu wajib memberi peluang kepada usahawan Pribumi baru . Sepertimana Tun Mahathir lahirkan beberapa nama yang sehingga kini menjadi ultra kaya billionaire - Vincent Tan, Yeoh Tiong Lay , Liew Kee Sin, Lee Shin Cheng, Lee Kim Tiong, Tony Fernandez, Kamarudin Meranun, Naza, Syed Albukhary dan ramai lagi majoriti yang kekal hingga kini adalah bangsa Cina. Berapa kerat sahaja Melayu. Pribumi Sabah Sarawak pula boleh dibilang jari.

13.Dengan kuasa politik yang ada, kerajaan harus melorongkan peluang untuk melahirkan ahli perniagaan besar dikalangan Pribumi. Sokong dan percaya mereka yang layak dan bekerja keras.

14.Biar Dong Zong ingat semula, kayanya bangsa mereka selama ini adalah disebabkan baik hati pemimpin Melayu memberi peluang berbilion-bilion projek kepada mereka. Hingga sukar usahawan Melayu untuk bersaing kini. Siapa yang memberi kebenaran membuka resort atas gunung Genting kalau tidak pemimpin Melayu dan raja Melayu. Hingga kini keturunan mereka menjadi konglomerat dunia dari Macau, Singapura hingga ke Las Vegas. Melayu boleh pergi lebih jauh dalam ekonomi apabila seluruh pimpinan di atas membantu memberi sokongan kepada ekonomi usahawan Melayu.
 
15.Jangan lagi kaum pribumi nampak lemah dengan melayan karenah puak rasis ini. Kita tidak boleh menundukkan orang yang lebih berjaya dari kita. Semulajadinya tentu mereka lebih sombong untuk mengikut kita. Kaum Pribumi jangan lagi mempedulikan atau menyalahkan bangsa Cina lagi. Biarkan mereka yang rasis ini. Fokus akan ekonomi dan pendidikan kita dahulu.

16.Apabila ekonomi Melayu sudah mula melebihi bangsa-bangsa lain, percayalah, Dong Zong tidak akan releven lagi. Apabila sekolah kebangsaan lebih cemerlang dari SJKC, maka Dong Zong tidak relevan lagi untuk bersuara.
 
17.Jangan lagi kita tunduk dan mengajak puak ekstremis ini duduk berbincang. Pedulikan mereka. Jangan masukkan Dong Zong dalam liputan akhbar pun. Jangan turunkan martabat PM kita dengan menjelaskan isu Dong Zong. Biar mereka hilang dengan sendirinya.

18.Bagi pemimpin Pribumi yang mempunyai kuasa politik, bekerja lebih keras. Lihat Singapura, negeri Melayu pada 54 tahun lepas. Kini tiada apa yang tinggal pada penduduk Pribuminya. Apabila kuasa politiknya dikuasai orang Cina, mereka menggunakan sepenuhnya kuasa itu memajukan bangsa mereka. Mereka menguasai Singapura sepenuhnya. Tiada ‘Dong Zong Melayu’ di Singapura kerana ia tidak akan relevan. Melayu tetap lemah di Singapura. Perlu akur dengan sistem pendidikan Singapura dan tuan yang lebih kaya, bangsa Cina Singapura. Jadi kenapa kita tidak menggunakan kuasa politik seperti itu ?

19.Jihad sebenar ahli politik Pribumi kini adalah ekonomi dan pendidikan Pribumi di Malaysia. Bukan petisyen menghalang kaum yang lebih kaya dan berjaya dari kita.
 
RAZRUL ANWAR RUSLI
Bersatu Negaraku

HUBUNGI SAYA

Alamat: No. 14-01, Jalan Langkasuka, Sri Anugerah, Larkin, 80350 Johor Bahru