July 7, 2019

Umur Belia atau Pembangunan Belia ?

1. Kita tidak pasti sama ada anak muda di Malaysia tahu atau tidak bahawa penarafan belia mereka telah diturunkan. 15 tahun hingga 30 tahun ditakrifkan sebagai golongan belia pada masa kini. Pembangkang pula mempermainkan-mainkan perkara ini dan menyebarkan tanpa tanggungjawab bahawa 31 tahun adalah warga emas. Pembangkang negara kita seperti biasa, kurang bernas dan suka memfitnah.

2. Syed Saddiq berjaya membawa perubahan ini pada Malaysia Baharu. Tetapi adakah belia kita adalah belia baharu ? Saya tidak nampak ada belia-belia dalam lingkungan umur ini meraikan kejayaan ini. Tiada langsung hashtag #undi18 di sosial media belia-belia. Hashtag itu hanya digunakan oleh beberapa orang team KBS sahaja. Belia Melayu lebih sukakan hiburan dan glamour. Mereka suka akan viral perkara yang tidak berfaedah seperti #bossku yang tular hashtagnya hingga berjuta-juta. Itu belia kita raikan.

3. Belia Melayu terutamanya amat jauh ketinggalan dari segi ekonomi, material dan tahap sikap sivik. Faktor utama ialah pendidikan. Majoriti Melayu masih berada di luar bandar besar. Kurang berpendidikan tinggi. Jika berpendidikan pun, persekitaran mereka, keluarga mereka juga membuatkan sikap mereka tidak maju.

4. Majoriti Melayu di bandar pula adalah di bawah paras kemiskinan. Melayu di Kuala Lumpur juga secara purata menerima gaji antara RM2,000 hingga RM3,000 sahaja sebulan dan menyumbang kepada statistik atau peratusan golongan miskin bandar. Syarikat swasta biasanya akan membayar kurang kepada pekerja Melayu, sama ada mempunyai ijazah atau tidak, pekerja Melayu tidak akan menerima gaji yang sama dengan orang lain, terutamanya bangsa Cina sendiri, kerana majikan swasta kebiasaanya adalah orang Cina. Masalah ini kerajaan baharu belum mampu mengawal dan mengatasinya lagi.

5. Harga rumah di ibu kota paling rendah kira-kira RM300,000 sedangkan kemampuan untuk Melayu bandar sekitar di bawah RM150,000 sahaja. Statistik individu yang memohon rumah sewa dan beli daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula berjumlah lebih 42,000 orang, dengan 90 peratus terdiri daripada golongan Melayu. Masalah lambakan hartanah yang tidak mampu dimiliki dan rumah pertama orang-orang Melayu muda tidak berjaya diatasi lagi. Tiada formula yang dapat diselesaikan lagi.

6. Jesteru, ramai yang belum nampak apakah faktor sebenar kesungguhan kerajaan untuk memperjuangkan undi 18 ini dan menurunkan umur pengiktirafan belia. Rasanya masalah di ataslah (yang disebutkan tadi) yang lebih rumit yang memerlukan perhatian segera. Mungkin kerana perkara di atas sukar untuk diselesaikan ? Atau mungkin undi 18 ini rasanya lebih mudah untuk dilakukan, lebih publisiti dan berharap golongan muda akan suka pada PH ?

7. Namun saya tidak menolak 100% undi 18. Ia baik. Mungkin 20 tahun dan 30 tahun lagi. Ia bagus bermula dari sekarang. Tetapi sekarang ini saya bercakap mengenai keutamaan. Priority. Yang mana satukah sepatutnya kesungguhan kerajaan untuk menyelesaikan. Keutamaan itu akan memberi gambaran yang baik atau buruk kepada pentadbiran PH di mata rakyat.


Tidak semua belia-belia kita seperti YB Syed Saddiq yang bijak. Gambar waktu ini nampak YB seperti adik saya, di penubuhan rasmi Bersatu, bertempat di Alumni Universiti Malaya, 2016

8. Kalau hanya perkara seperti kasut hitam dan undi 18 ini kita berjaya lakukan, tahniah, ianya baik, tetapi rakyat akan tetap bertanya, bagaimana dengan janji nak bawa pulang pekerja Singapura ke Malaysia ? Kenapa AES tidak dibatalkan, walhal PH yang mengutuk dulu saman AES. Sekarang pandai pula Menteri Tony Loke bagi sebab-sebabnya. Masa zaman BN memberi sebab, kita juga tidak mahu meneriamnya dan menuduh mereka macam-macam. Samalah kini, rakyat tidak mahu menerima apa-apa penjelasan. AES diteruskan atau disambung, itu sahaja.

9. Jangan hanya mengundang populariti, tetapi selesaikan masalah yang paling utama berbanding kerja yang mudah. Kita perluakn kerajaan yang 'friendly economy' supaya kita terus maju dan makmur. Pemimpin PH bersih dan bebas dari segala gejala rasuah yang menghantui BN. Kita masih baru dan fresh. Kita mesti bersatu dan menyokong usaha kerajaan yang baik. Kita tidak mahu hanya menyalahkan pemimpin, tetapi kita mesti menegur dan terus menyokong menaikkan mereka jika mereka terus jujur bekerja. InsyaAllah

HUBUNGI SAYA

Alamat: No. 14-01, Jalan Langkasuka, Sri Anugerah, Larkin, 80350 Johor Bahru