May 28, 2019

Politik dan persepsi

PH sekarang berdepan dengan banyak isu perkauman, agama dan persepsi. Lebih mudah untuk kita menyalahkan pembangkang, namun adakah kita sendiri bijak untuk 'berpolitik' bersandarkan isu-isu semasa kini yang bermain di mata masyarakat.

Berbuka puasa di mana-mana sahaja tidak salah. Kita yakin tiada umat Islam di Malaysia ini akan keluar agamanya semata-mata berbuka puasa di tempat ibadat agama lain atau di kawasan sekitarnya.

Namun sebagai ahli politik yang memimpin masyarakat majoriti Melayu Islam, sensitiviti agama harus menjadi keutamaan No.1 . Jika kita masih mempertahankan tindakan kita walaupun ramai telah memprotes, kita tidak ubah seperti UMNO dahulu yang beranggapan kita ini terlalu kuat atau pilihanraya masih lama lagi.

Bola tanggung yang kita beri pada pihak pembangkang akan kekal di internet dan akan dimainkan sepanjang zaman. Ia bukan sahaja akan menjatuhkan imej diri kita sebagai ahli politik yang menang dipilih rakyat, tetapi juga akan mensia-siakan rakan komponen lain yang turut berjuang untuk memastikan kawasan tersebut milik Pakatan Harapan.

Kita menyeru di atas kebijaksanaan ahli parlimen atau ahli politik kita, supaya membatalkan acara-acara yang akan menampakkan Pakatan Harapan ini tidak mesra Melayu dan agama Islam. Adalah lebih baik kita menjemput bukan Islam untuk bersama kita di masjid atau surau untuk mereka lebih mengenali agama dan budaya kita. Kerana mereka hidup dengan golongan majoriti Melayu Islam. Merekalah yang perlu belajar corak budaya bangsa kita tanpa kita memaksa mereka meninggalkan agama asal-usul mereka. Hentikan bola tanggung ini YB YB sekalian, penat kita di bawah nak mengangkat 'smash' ini di depan rakyat.

BERSATU seumur hidup - Razz

HUBUNGI SAYA

Alamat: No. 14-01, Jalan Langkasuka, Sri Anugerah, Larkin, 80350 Johor Bahru