en
January 3, 2020

Dr Maszlee - Anda suka atau bermuka-muka?

thumb_1

1. Dr Maszlee telah letak jawatan. Selepas mendengar nasihat daripada negarawan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.


2. Saya baru mengenali beliau sejak hari pertama memenangi pilihanraya. Bersatu Johor Bahru boleh dikatakan 'bahagian angkat' kepada Dr Maszlee. Beliau sering ke bahagian Johor Bahru, sama ada kenduri, acara-cara penting dan juga melayani pimpinan Bersatu Johor Bahru di kementeriannya.

3. Bersatu Johor Bahru memang sinonim dengan beliau. Dua pegawai khas datangnya dari Bersatu Johor Bahru. Puan Hajah Azlinda (Hal Ehwal Pengajian Tinggi) juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan saudara Jailani Yusuf (Hal Ehwal guru dan pendidikan) bekas Armada Johor Bahru.

4. Ketua Bahagian Johor Bahru Cikgu Zais Akil dan Naib Ketua Datuk Jemale Paiman juga merupakan warga pendidik yang rapat dengan Dr Maszlee. Mereka bertukar fikiran dan idea serta cadangan yang mendapat perhatian serta sokongan dari Dr Maszlee.

5. Sebagai individu, Dr Maszlee seorang peramah, baik dan mudah mesra.


6. Sebagai Menteri Kabinet yang diangkat atas platform parti politik, hanya 'bos'nya sahaja yang tahu. Bukan kita dari luar.

7. Perdana Menteri menasihati beliau meletakkan jawatan. Dr Maszlee sendiri mengakui bahawa dirinya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama membabitkan isu tulisan Jawi, internet sekolah, sarapan percuma, dan tidak termasuk lagi tohmahan yang mengatakan Dr Maszlee tidak membantu ketua-ketua bahagian dan ahli-ahli perniagaan yang menyokong Bersatu.

8. Dr Maszlee juga menjadi mangsa dasar keterbukaan dan kebebasan media oleh kerajaan kini yang tidak dinikmati di bawah pemerintahan BN dahulu. Sesiapa sahaja boleh mengecam kerajaan dan menteri sekarang. Ia adalah trend. tetapi sebaliknya pula, sejak semalam ramai yang simpati dan ada yang memuji Dr Maszlee, walhal sebelum ini suara yang sama mengecam dasar-dasar beliau. Jadi rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu, tidak mempunyai sikap yang konsisten. Mengikut emosi semata-mata.

9. Bagi orang Cina, mereka berdiam diri. Sama ada mereka suka Dr Maszlee pergi, atau mereka takut 'balasan' seterusnya oleh kerajaan akan apa yang akan dilakukan kepada pertubuhan dan permintaan mereka yang setimpal dengan pemergian Dr Maszlee. Tapi yang jelas, orang Cina konsisten tidak suka kepada Dr Maszlee. Tidak bermuka-muka. Tidak bersimpati atau memuji.

10. Kita mesti percaya akan setiap tindakan Perdana Menteri yang telah memenangi banyak 'pertempuran'. Beliau hidup lebih lama dan melihat paling jauh. Kita yang menyuruh beliau kembali memimpin negara. Bukan beliau sendiri yang datang meminta untuk menjadi Perdana Menteri semula. Sekarang seolah-olah kita yang ingin mengajar negarawan untuk mentadbir negara.

11. Untuk memastikan Pakatan Harapan dan kerajaan terus utuh, sokongan yang tidak berbelah bahagi harus diberikan kepada Perdana Menteri bagi menentukan yang manakah keutamaan di dalam pentadbiran negara kini. Dr Maszlee juga menyatakan taat setia pada parti dan Perdana Menteri.

12. Ekonomi, hutang negara, peluang kerja, harga rumah, menarik pelaburan adalah yang paling utama supaya negara menjadi teguh menjelang Wawasan 2030. Wawasan 2020 telah diranapkan dalam 2 dekad akibat kepimpinan yang lemah dan rasuah BN. The priority must be right.

13. Keuntungan bersih Tabung Haji bertambah baik pada suku July 2019 lagi dengan keuntungan bersih RM1.8bilion. Tiada lagi salah tadbir urus seperti Pengerusi TH orang politik zaman BN. Harga sawit melonjak paras tertinggi RM3000 setan dalam sejarah. Hutang negara juga dikurangkan, pada Mei tahun lalu dari RM1 trillion hinggan ke RM800 bilion. Tiada lagi pinjaman berbilion-bilion di mana kerajaan sebagai penjamin seperti di zaman 1MDB yang kini menyebabkan negara di kancah hutang tebesar. Pastinya ia lebih baik kini dimana KDNK negara meningkat berbanding hutang. Banyak lagi dan semua ini ada dihujung jari jika kita mahu cari, baca, tetapi media tidak menghidangnya dengan begitu meluas atau orang kita lebih suka benda yang buruk sahaja.

14. Kita harus move on, terus maju ke hadapan supaya menjadi negara yang maju pada 2030. InsyaAllah kita wajib merealisasikannya . Setiap rakyat Malaysia ada peranannya.

Razz
Bersatu Selamanya

HUBUNGI SAYA

Alamat: No. 14-01, Jalan Langkasuka, Sri Anugerah, Larkin, 80350 Johor Bahru