November 6, 2020

PEMBENTANGAN BAJET 2020: M40 Jangan Dilupa, B40 Wajib Bersama

1. Selaku antara golongan belia dan profesional yang majoriti di dalam negara yang biasa ya dalam kategori B40 dan M40, Belanjawan yang akan dibentangkan esok, mesti diberi penekanan yang khusus dan terperinci. Belanjawan yang pertama kalinya amat ditunggu sama ada PM akan mendapat sokongan ahli Parlimen, atau nasib rakyat akan dibela ataupun dipaksa untuk terus bertahan didalam tekanan ekonomi yang semakin memuncak akibat wabak Covid19.

2. Ada yang mahukan penjawat awam untuk di potong gajinya, ada yang ingin menjadi popular dengan menyarankan KWSP dilonggar pengeluarannya, semua ini berbentuk jangka masa pendek dan kitaran wang domestik semakin habis.

Pelaburan Asing (Foreign Investment)

3. Sejak tahun 2010, Malaysia adalah antara negara yang menerima Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang tertinggi di Asia Tenggara. Pelaburan yang mencecah 12 Bilion USD di Malaysia telah membangunkan Malaysia dan menjamin peluang pekerjaan. Namun, jumlah pelaburan jatuh sehingga 7 Bilion USD pada tahun 2019. Tambahan dengan pandemik yang melanda, pelbagai sektor yang terpaksa “gulung tikar” atau membuang pekerja.

4. Sepertimana suntikan ekuiti oleh Kerajaan Jepun ke Malaysia menerusi aktiviti kesihatan, FDI negara akan lebih melonjak seandainya didalam belanjawan menggalakkan pelaburan asing. Ahli perniagaan dan professional turut mempunyai ruang dan peluang untuk mengukuhkan ekonomi dan seterusnya memberi peluang pekerjaan. Buka sempadan untuk sektor terpilih, kurangkan “restriction”, pelabur pasti datang.

Teknologi Digital dan Kecerdasan Buatan (A.I)

5. Syarikat-syarikat kerajaan (GLC) atau badan pemangkin sektor masing-masing seperti MIMOS , MAGIC, TERAJU dan sebagainya wajib membawa perkhidmatan dan produk syarikat Malaysia ke luar negara secara “government to government deal”. Janganlah pula badan-badan ini turut bersaing merebut perniagaan dengan syarikat tempatan. Ada rungutan di mana badan-badan ini menubuhkan anak syarikat untuk mencari peluang perniagaan dan turut bersaing di dalam memenangi kerja-kerja.

6. Misalannya, industri kesihatan, Top Glove diiktiraf sebagai pembekal sarung tangan getah terbesar di dunia. Terbukti, keluarkan lagi produk-produk Malaysia ke luar negara. Bantu syarikat pembuatan sarung tangan atau topeng muka bumiputera. Atau bantu syarikat teknologi applikasi kesihatan bumiputera. Jangan pula guna applikasi dari luar negara. Bantu bina sendiri, kita mampu. Maka peluang pekerjaan akan berhasil.

Universiti R&D dan Komersilkan

7. Ranking institut pendidikan tinggi negara semakin baik. Kita turut mempunyai Universiti Apex. 5 Universiti kita Top 200 University terbaik dunia. Sudah tiba masanya “Research & Development “ kita mulai berfokus. “Grant” yang memberi impak kepada pasaran global perlu diteliti. Lahirkan “Nobel Laureate” dari Malaysia.

8. Fokusnya adalah untuk imej kepada negara dan makmal didalam negara dapat menjadi tumpuan warga dunia.

9. Kali ini, bukan lagi bajet yang mesra rakyat kita perlukan, kita mahukan bajet yang membina rakyat. Bajet yang mampu mengubah hala tuju masa depan, wawasan rakyat dalam jangka masa pendek dan juga panjang.

10. Pembentangan Bajet kali ini, menjadi titik tolak perkembangan ekonomi negara pada hari seterusnya; yakni pasca Covid19.

Malaysia perlukan wawasan.

HUBUNGI SAYA

Alamat: No. 14-01, Jalan Langkasuka, Sri Anugerah, Larkin, 80350 Johor Bahru